Powered By Blogger

- RaKan -

Ahad, 1 Januari 2012

TEKNIK-TEKNIK BERCIUM

Sempena tahun baru ni...sy nak kongsi kan sedikit tip2 dan teknik2 bercium...tp sebelum tu sy nak mengucap kan selamat menyambut tahun baru 2012....

"Happy New Year
"........


Menurut ciuman dalam Kamasutra tempat-tempat bagi ciuman ialah pada mata, pipi, kerongkong, buah dada, bibir mulut dan juga dalam mulut. Ada juga yang mencium celah peha, lengan dan pusat. Berikut adalah beberapa teknik ciuman sekitar muka berserta namanya:



Ciuman Sebentar
Bila isteri menyentuh mulut suaminya dengan mulutnya tetapi tidak berbuat apa-apa.


Ciuman Debaran
Isteri menekan bibirnya dengan bibir bawah kekasihnya lalu dia menghisapnya.


Ciuman Menyentuh
Isteri menyentuhkan lidahnya pada lidah kekasihnya, sambil memejamkan matanya dan meletakkan tangannya ke tangan kekasihnya.


Ciuman Lurus
Pasangan sama-sama menemukan bibir agar dapat merapat antara satu sama lain dengan kepala ditegakkan.


Ciuman Condong
Kepala keduanya dicondongkan ke arah satu sama lain dan ciuman dilakukan.


Ciuman Berputar
Pasangan memutarkan kepala kekasih dengan memegang kepala dan dagu kekasih dan menciumnya.


Ciuman Tertekan
Dilakukan dengan menekan bibir kuat-kuat ke bibir bawah kekasihnya.


Ciuman Bibir Atas
Suami mencium bibir atas, isteri mencium bibir bawah dengan menghisapnya atau dengan menggunakan lidah.


Ciuman Menangkap
Dilakukan dengan menangkap kedua-dua bibir kekasihnya dengan menggunakan bibirnya.


Ciuman Api Cinta
Bila isteri melihat muka kekasihnya ketika dia tidur dan mencium untuk menunjukkan kehendak nalurinya.

Tiada ulasan: